Satu mesyuarat perbincangan kerjasama dua hala antara Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Cawangan Pahang bersama Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Jun 2026 yang lalu di Pejabat IEM Cawangan Pahang, Kuantan. Delegasi diketuai oleh PM Ir. Dr. Marzuki Ab Rahman

Perbincangan strategik ini memfokuskan kepada beberapa agenda utama demi melonjakkan kualiti akademik dan profesionalisme seperti Membincangkan peluang pelantikan IEM Pahang sebagai rakan co-host rasmi bagi seminar akan datang, Mendapatkan input dan pandangan berharga daripada pengamal industri bagi memantapkan lagi kurikulum Work-Based Learning (WBL) untuk program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) dengan Kepujian dan Memperkukuh jaringan dan sokongan industri dalam usaha meningkatkan kompetensi serta pengiktirafan profesional dalam kalangan pensyarah fakulti.

Sinergi antara universiti dan industri seperti ini amat penting dalam memastikan graduan yang dilahirkan kekal relevan, kompetitif, dan memenuhi kehendak industri kejuruteraan semasa. Semoga hasil perbincangan ini memberikan impak yang positif dan membuka lebih banyak peluang kolaborasi pada masa hadapan.